FeNomeNa fizik

  1. Fizik berasal daripada perkataan Yunani, “physikos” yang bermakna alam semesta

  2. Fizik merupakan kajian tentang struktur dan sifat jirim yang amat besar seperti bintang dan planet di cakerawala hingga zarah-zarah yang amat seni seperti proton dan neutron dalam nukleus

  3. Fizik ialah satu cabang sains yang mengkaji fenomena-fenomena alam sekeliling kita. Fenomena alam ialah kejadian semulajadi yang dapat diperhatikan melalui pelbagai deria manusia

  4. Contoh fenomena alam adalah

    a. panjang bayang-bayang berubah dari pagi hingga petang

    b. pelangi mempunyai tujuh warna

    c. melihat kilat sebelum mendengar guruh

    d. gerhana matahari dan bulan

     5. Ahli fizik sentiasa membuat pemerhatian terhadap fenomena-fenomena alam dan hasil penemuan ini telah mendorong untuk mencipta pelbagai bahan dan alat yang baru untuk meningkatkan keselesaan kehidupan harian. Contohnya, televisyen, komputer, telefon bimbit. Pada asasnya, fizik merupakan kajian untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan mengapa dan bagaimana tentang fenomena alam dan kejadian dalam kehidupan harian. Kebanyakan fenomena alam dan kejadian dalam kehidupan harian dapat diterangkan dengan konsep fizik.

    FENOMENA ALAM KONSEP FIZIK
    Pembentukan bayang-bayang Cahaya merambat dalam garis lurus
    Bunyi petir kedengaran selepas cahaya kilat Bunyi merambat lebih lambat berbanding dengan cahaya
    KEJADIAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN KONSEP FIZIK
    Sukar berjalan di atas lantai yang licin Sifat daya geseran
    Telefon bimbit berfungsi tanpa wayar Aplikasi gelombang elektromagnet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s