Jisim & inersia

APA ITU JISIM?
Jisim merupakan ukuran kuantiti jirim yang terkandung di dalam sesuatu jasad.

APA ITU INERSIA?

Inersia adalah sifat semula jadi yang dipunyai oleh jisim untuk menentang perubahan terhadap keadaan asalnya, sama ada jasad itu sedang bergerak atau berkeadaan pegun.

Unit SI bagi jisim adalah kilogram (kg).
Jisim adalah kuantiti skalar.
Nilai jisim bagi sesuatu jasad itu tetap asalkan kuantiti jirim di dalam jasad itu tidak berubah.
Alat-alat yang digunakan untuk mengukur jisim adalah seperti neraca inersia, neraca kimia dan imbangan alur.

Inersia tidak mempunyai unit SI kerana ia bukan kuantiti fizik.

Sifat inersia sesuatu objek dinyatakan dalam hukum gerakan Newton pertama. Hukum ini menyatakan suatu objek dalam keadaan pegun akan terus dalam keadaan pegun dan objek bergerak akan terus bergerak dengan halaju tetap pada garis lurus, kecuali dikenakan daya luar.Mengikut hukum ini, jika suatu objek pegun itu mula bergerak, maka objek itu telah dikenakan daya luar.Jika perubahan berlaku dalam gerakan suatu jasad, sama ada lajunya berubah atau gerakannya berubah, maka objek itu telah dikenakan suatu daya luar.Lebih besar jisim sesuatu jasad, lebih besarlah inersianya. Jika dua jasad mempunyai jisim yang sama, maka inersianya sama. Jika jisim sesuatu jasad digandakan, tidak semestinya inersia digandakan.

Gerudi pelantar minyak menggunakan inersianya yang besar untuk mengekalkan kedudukannya di laut. Kapal tangki minyak, bas, lori dan sebagainya yang bergerak memerlukan satu jarak minimum untuk berhenti kerana inersia jasad yang besar itu hendak mengekalkan penggerakannya. Keretapi yang berhenti secara tiba-tiba akan menyebabkan penumpang-penumpang terhumban ke hadapa disebabkan oleh sifat inersia penumpang-penumpang tersebut.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s